Salam ramadhan untuk semua pembaca Hakimi Haikal Story, Semoga korang semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Pernah tak korang kehilangan seseorang yang amat penting dalam kehidupan korang. Setiap insan pasti akan merasai kehilangan ini. Kerana ia adalah lumrah kehidupan setiap yang bernyawa pasti akan mati akhirnya.
Mohd Fikri, Seseorang yang aku tak pernah fikir akan menjadi penting dalam hidup aku pada pertama kali aku mengenali die. Aku tak menyangka seseorang yang tiada kena mengena dengan diri aku pada awalnya menjadi begitu penting untuk aku. 6 tahun aku mengenalinya, dielah sahabat terbaik dan juga seorang adik yang sentiasa ingin mengembirakan abangnya.
Tetapi takdir Ilahi mengubahnya segalanya, bertarikh 17 oktober 2011 die telah pergi untuk selamanya-lamanya. Die pergi tinggalkan aku sendiri, tinggalkan aku dengan deraian air mata. Bukan kehendaknya untuk meninggalkan aku. Tetapi die meninggalkan aku kerana allah lebih sayangkan die. Kehilangan die dalam hidup aku sangat berat aku rasakan… walau pun 9 bulan telah berlalu, tetapi ku rasakan seperti semalam je ini semua berlaku.
Kini, rasa rindu sahaja yang membelenggu hidup aku, saban hari aku merindui die, berharap yang ini semua adalah mimpi. Adakah aku seorang yang tidak meredhai ketentuan Allah?? Aku sendiri tak pasti… sebahagian hati aku meredhai ketentuan ini… tetapi sebahagian lagi sentiasa berharap ini semua adalah mimpi. Aku memerlukan die dalam hidup aku…. Kerana die adalah kekuatan aku, bila aku kehilangan die… maka hilanglah kekuatan aku, die juga kegembiraan ku… tanpa die, sunyilah hidup aku.
Wahai sahabatku, aku amat merindui mu… Andai aku mempunyai kuasa untuk mengubah segala-galanya, akan ku tukarkan nyawa ku ini dengan nyawa mu…. Kerana tiada gunanya lagi kehidupan ku ini bila kau tiada bersama aku. Fikri, aku merindui mu….
KEHILANGANMU AMAT BERAT BAGIKU!!!



















